Monday, June 30, 2014

Laporan - Kelong Pozi

Salam ...


Alhamdulillah laporan ke 2 untuk kailbengkok2. Kali ni kite pi test kelong Pozi plak .. layan air masin plak.. byk kene study untuk layan laut ni.. blog yg best untuk refer ialah jenahakpanggang.blogspot.com... Byk info2 untuk pemancing yg kali pertama memancing ni kelong terutamanya kelong Pozi.


Lokasi : Kelong Pozi (Lukut)
Tarikh: 20-21 Jun 2014
Ahli : Amir, Annuar & Mando


Bayaran yg di kenakan RM50 1 kepala... syok giler xde org .. hanya ktorg bertiga jer...dah la kawasan kelong luas .. mmg xde hal la nak pusing 1 kelong.

Umpan yg mujarab .. umpan hidup jer .. umpan KO mmg x jalan ..
Udang idup ktorg bli kat Pekan Sg Pelek .. kedai sebelah 7Eleven .. kat situ ade 2 saiz udang  50sen (sederhana) dan 40sen (Kecik)..Ikan tamban bleh apollo je kat Kelong... 

Jetty untuk ke kelong Pozi. Ade jgk disediakan tpt untuk memancing di tepi muara. tempat duduk mmg selesa. Nak mkn pon senang .Ade kedai mkn berhampiran
Antara peralatan & senjata untuk ke Kelong Pozi

Gambar atas bot menuju ke Kelong Pozi. ade la dlm 15 minit perjalanan. 
Tu dia Kelong Pozi . Bsr jgk kelong ni. Siap ade bilik untuk istirehat.
 Swimming Pool atas Kelong.. Kolam untuk letak umpan hidup (udang & Ikan Tamban). untuk menjamin udang bertahan lama baik sedia kan kolam .. jgn lupa pam bateri kalau x abis udang tumbang.

 Ikan tamban.. Cara nak dapat umpan ni kene gune teknik Apollo saiz mata kail kecik dan ade plastic straw. kalau apollo bulu mmg x layan.
 Antara Hasil .. Ikan Talang gune umpan ikan tamban yg dihanyut kan tanpa batu ladung.

 Tumpang pinjam hasil org lain untuk bergambar.
 Ikan talang tewas di kuali dan ikan bebolos.
isi ikan bebolos manis tp ikan talang agak tawar.
ikan talang














Ekpedisi ke Kelong akan repeat lg selepas hari Raya pose 2014.
kene buat research lg untuk tau teknik dan umpan kat kelong Pozi.




No comments:

Post a Comment